Friday, 6 January 2012

Sivik Again!

Aktiviti 1A
Berbudi Pekerti Disiplin Diri Terbina
PANTUN! YEAH!

Bertutur sopan kita bersama,
Dengan ibu bapa dan juga teman,
Perlakuan mulia dituntut agama,
Bahagia hidup sepanjang zaman.

Dengan guru bersopanlah selalu,
Jangan lakukan perkara keji,
Silalah bertanya jika perlu,
Itulah amalan yang terpuji.

Semua orang tua dan muda,
Pangkat darjat tidak ketinggalan,
Apabila berkata harus waspada,
Bahasa sopan jadikan amalan.

Bukan sebarang pantun seloka,
Pantun nasihat kita teladani,
Berpekerti mulia setiap ketika,
Hidup berdisiplin lagi harmoni.

BEST! HAHAHA!

No comments:

Post a Comment