Wednesday, 21 March 2012

Wednesday, 29 February 2012

M.A.B.

MASA itu adalah EMAS.
MASA itu lebih BEHARGA daripada EMAS.
Jadi gunakanlah MASA dengan perkara yang BERFAEDAH.
=))

Masa Amat Berharga


WAKTU (masa) nikmat pemberian Allah s.w.t kepada kita yang paling bernilai. Seandainya seseorang ditakdirkan boleh menyambung usia (nyawanya) untuk beberapa hari lagi atau seketika, nescaya ada manusia sanggup membeli dan membayarnya dengan harga yang sepadan penyambungan usianya.

Menyedari hakikat inilah, waktu atau peluang hidup bagi seseorang itu suatu jalan untuk bergerak bagi membuat sesuatu perubahan bagi dirinya, keluarga, kampung halaman dan negaranya menurut sesuatu matlamat yang diyakini dalam hidup ini.

    Sebenarnya waktu itu sendiri masih dapat dibentuk menurut corak yang dikehendaki oleh penggunanya. Ia seperti kain putih bersih yang dapat diwarna-warnikan, sama ada hitam, hijau, merah atau sebagainya. Tegasnya, boleh dibentuk kepada kebajikan dan boleh pula kepada kejahatan atau kedua-duanya sekali.

    Hanya bagi orang yang beriman dan beramal soleh sahaja dapat membentukkan waktu atau masa hidup itu menjadi satu amalan soleh. Sebaliknya bagi orang yang kufur (mengingkari kewujudan Allah dan menafikan segala nikmat pemberian Nya), maka baginya waktu atau masa itu, hidupnya di dunia ini adalah membentukkan amalan jahat dan berdosa.

    Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan orang lelaki atau perempuan, sedang dia itu beriman, Kami akan berikan dia kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalaskan mereka pahala yang mereka kerjakan.”

    Amalan soleh tidak terhad hanya kepada ibadat sembahyang,puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan berzikir, malah ia menyeluruh dalam semua segi kehidupan manusia, asalkan mereka beriman dan melakukan amalan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t.
    
Lingkungan yang membabitkan amalan soleh itu mencakupi tiga jurusan, iaitu:

1.    Hubungan antara seseorang dengan Allah disebut sebagai ibadat.
2.    Hubungan antara seseorang dengan orang lain muamalat dan munakahat dan jinayat
3.    Hubungan seseorang terhadap diri sendiri mengenai keperluan asas (makan, minum, pakaian, kediaman juga mengenai kesihatan dan keselamatan dirinya).

Melaksanakan ketiga-tiga perkara ini termasuk amalan soleh (apabila dikerjakan dengan ikhlas kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.)

Wednesday, 22 February 2012

Maksud =)) Aktiviti 1E

Jemaah
-Kumpulan orang yang beribadat.

Aurat 
-Bahagian tubuh yang wajib ditutup (menurut hukum Islam).

Beradab Di Tempat Ibadat


Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Masjid merupakan tempat ibadat bagi umat Islam. Apabila ke masjid, pengunjung mesti menghormati peraturan di tempat tersebut. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut.
  • Menutup aurat
  • Menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
  • Duduk dengan sopan
  • Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
  • Menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula



Wednesday, 11 January 2012

Discipline..


Member's and Leader's

RUKUN NEGARA,FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

RUKUN  NEGARA                                                                                                           BAHAWASANYA  negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;  
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil      
di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi  
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas    
prinsip-prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
 FALSAFAH PENDIDIKAN   KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara...

Patuhi Peraturan

PERPUSTAKAAN
~Senyap.
~Beratur apabila meminjam dan memulangkan buku.
~Letakkan buku atau majalah di tempat asal setelah dibaca.
~Dapatkan kebenaran untuk membawa buku keluar.

MAKMAL SAINS
~Masuk dengan kebenaran guru.
~Ikut arahan guru dengan teliti.
~Gunakan bahan uji kaji mengikut keperluan.
~Buang sisa bahan uji kaji ke dalam bakul sampah.
~Pulangkan alatan ke tempat asal setelah dicuci.
~Tinggalkan makmal dalam keadaan bersih.

MAKMAL KOMPUTER
~Masuk dengan kebenaran guru.
~Ikut arahan guru.
~Gunakan komputer dengan cara yang betul.
~Dapatkan kebenaran guru sebelum melayari internet.
~Jaga kebersihan makmal komputer.
~Jaga peralatan komputer dengan baik.
~Laporkan sebarang kerosakan kepada guru.
~Tutup suis sebelum keluar.

Sivik .....

Roziah:Maafkan saya, boleh saya minta laluan ke tempat duduk saya?
Lee Wah:Boleh. Nanti saya bangun dahulu sebab ruang laluannya agak sempit.
Roziah:Terima kasih, Lee Wah.
Lee Wah:Sama-sama, Roziah.

Jadi,berbaik-baiklah dengan rakan-rakan kamu. Tegur dengan baik, bukan kasar. :)

Puan Norhida....



Puan Norhida Zakaria!

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak....


Yang Amat Berhormat Dato' SriMohammad Najib Abdul Razak 
DK (Pahang) MP
Prime Minister of Malaysia
Incumbent
Assumed office
3 April 2009
MonarchMizan Zainal Abidin
Abdul Halim
DeputyMuhyiddin Yassin
Preceded byAbdullah Ahmad Badawi
Deputy Prime Minister of Malaysia
In office
7 January 2004 – 3 April 2009
Prime MinisterAbdullah Ahmad Badawi
Preceded byAbdullah Ahmad Badawi
Succeeded byMuhyiddin Yassin
Personal details
Born23 July 1953 (age 58)
Kuala LipisMalaya
(now Malaysia)
Political partyUnited Malays National Organisation
Spouse(s)Puteri Zainah Eskandar (1976–1987)
Rosmah Mansor (1987–present)
ChildrenMohd Nizar
Puteri Norlisa
Mohd Nazifuddin
Nooryana Najwa
Norashman Razak
Alma materUniversity of Nottingham
ReligionSunni Islam
WebsiteOfficial website
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (born 23 July 1953) is the sixth, and since 2009, Prime Minister of Malaysia.[1] He previously held the post of Deputy Prime Minister from 7 January 2004 until he succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister on 3 April 2009. Najib is President of the United Malays National Organisation (UMNO). He is the son of Malaysia's second prime minister, Tun Abdul Razak[2] and the nephew of Malaysia's third prime minister, Tun Hussein Onn.
Najib succeeded Abdullah at a time after his ruling coalition, the Barisan Nasional, lost its long held two-thirds majority in parliament to the opposition led by former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim in the 2008 parliamentary election. Since then Najib has tried to build a moderate image for himself and the UMNO through the 1Malaysia campaign.


Aktiviti 1B

Dialog Time!

= Hai, Andeng! Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa.
-Oh, Arvin! Saya sihat-sihat sahaja.
=Andeng, ni ayah saya.
-Apa khabar pak cik?
+Baik. Apa kamu buat di sini?
-Saya ingin membeli sedikit buah-buahan untuk ibu saudara yang tinggal di Taman Cempaka.

Watak:
= Arvin
- Andeng
+ Pak Cik

Salah satu peraturan sekolah Sk.St.Mary...


Photo...


Friday, 6 January 2012

Group 2

~Group 2~

Leader's name: 
Tengku Sarah Nureena

Members:
Nor Eirisya Qarinah Syuhada
Fatimah Sofia
Lai Joe Yie
Chia Hui En

I like this group!

Sivik Again!

Aktiviti 1A
Berbudi Pekerti Disiplin Diri Terbina
PANTUN! YEAH!

Bertutur sopan kita bersama,
Dengan ibu bapa dan juga teman,
Perlakuan mulia dituntut agama,
Bahagia hidup sepanjang zaman.

Dengan guru bersopanlah selalu,
Jangan lakukan perkara keji,
Silalah bertanya jika perlu,
Itulah amalan yang terpuji.

Semua orang tua dan muda,
Pangkat darjat tidak ketinggalan,
Apabila berkata harus waspada,
Bahasa sopan jadikan amalan.

Bukan sebarang pantun seloka,
Pantun nasihat kita teladani,
Berpekerti mulia setiap ketika,
Hidup berdisiplin lagi harmoni.

BEST! HAHAHA!

Sivik Time!

Unit 1
Hidup Berdisiplin

Disiplin adalah memberi tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna.

Kita perlu tanya diri sendiri, "Apakah tugas utama yang perlu saya kerjakan dengan sempurna sekarang?" Jika kita sentiasa peka dengan soalan berkenaan, kita akan sentiasa memberi perhatian kepada tugas-tugas utama kita. Dengan berbuat demikian nescaya kejayaan dapat dicapai dengan lebih mudah. Justeru, untuk berjaya kita mesti berdisiplin.

Ramai orang memulakan sesuatu tugas dengan baik, namun gagal menghabiskannya. Kerja tersangkut di tengah jalan. Ada sahaja perkara yang mengganggu mereka. Mereka ini sebenarnya kurang berdisiplin.

Jadi berdidiplin bermakna apa sahaja tugas yang kita lakukan, kita laksanakannya sehingga selesai. Kita tidak mudah diselewengkan atau dilencongkan untuk membuat kerja-kerja lain yang tidak berkaitan yang boleh menjejaskan kerja utama kita. Pelajar yang berdisiplin tahu bahawa salah satu tugas utama di sekolah ialah berusaha untuk memperoleh keputusan cemerlang. Dari awal tahun lagi kita harus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah ke hujung tahun.

Tanpa disiplin kita mudah diganggu oleh pelbagai aktiviti bukan akademik yang lain, hobi, kawan-kawan dan sebagainya. Jadi berdisiplin bermakna kebolehan memberi tumpuan ke atas sesuatu tugas sehingga selesai dikerjakan dengan sempurna.