Wednesday 21 March 2012

Wednesday 29 February 2012

M.A.B.

MASA itu adalah EMAS.
MASA itu lebih BEHARGA daripada EMAS.
Jadi gunakanlah MASA dengan perkara yang BERFAEDAH.
=))

Masa Amat Berharga


WAKTU (masa) nikmat pemberian Allah s.w.t kepada kita yang paling bernilai. Seandainya seseorang ditakdirkan boleh menyambung usia (nyawanya) untuk beberapa hari lagi atau seketika, nescaya ada manusia sanggup membeli dan membayarnya dengan harga yang sepadan penyambungan usianya.

Menyedari hakikat inilah, waktu atau peluang hidup bagi seseorang itu suatu jalan untuk bergerak bagi membuat sesuatu perubahan bagi dirinya, keluarga, kampung halaman dan negaranya menurut sesuatu matlamat yang diyakini dalam hidup ini.

    Sebenarnya waktu itu sendiri masih dapat dibentuk menurut corak yang dikehendaki oleh penggunanya. Ia seperti kain putih bersih yang dapat diwarna-warnikan, sama ada hitam, hijau, merah atau sebagainya. Tegasnya, boleh dibentuk kepada kebajikan dan boleh pula kepada kejahatan atau kedua-duanya sekali.

    Hanya bagi orang yang beriman dan beramal soleh sahaja dapat membentukkan waktu atau masa hidup itu menjadi satu amalan soleh. Sebaliknya bagi orang yang kufur (mengingkari kewujudan Allah dan menafikan segala nikmat pemberian Nya), maka baginya waktu atau masa itu, hidupnya di dunia ini adalah membentukkan amalan jahat dan berdosa.

    Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan orang lelaki atau perempuan, sedang dia itu beriman, Kami akan berikan dia kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalaskan mereka pahala yang mereka kerjakan.”

    Amalan soleh tidak terhad hanya kepada ibadat sembahyang,puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan berzikir, malah ia menyeluruh dalam semua segi kehidupan manusia, asalkan mereka beriman dan melakukan amalan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t.
    
Lingkungan yang membabitkan amalan soleh itu mencakupi tiga jurusan, iaitu:

1.    Hubungan antara seseorang dengan Allah disebut sebagai ibadat.
2.    Hubungan antara seseorang dengan orang lain muamalat dan munakahat dan jinayat
3.    Hubungan seseorang terhadap diri sendiri mengenai keperluan asas (makan, minum, pakaian, kediaman juga mengenai kesihatan dan keselamatan dirinya).

Melaksanakan ketiga-tiga perkara ini termasuk amalan soleh (apabila dikerjakan dengan ikhlas kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.)

Wednesday 22 February 2012

Maksud =)) Aktiviti 1E

Jemaah
-Kumpulan orang yang beribadat.

Aurat 
-Bahagian tubuh yang wajib ditutup (menurut hukum Islam).

Beradab Di Tempat Ibadat


Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Masjid merupakan tempat ibadat bagi umat Islam. Apabila ke masjid, pengunjung mesti menghormati peraturan di tempat tersebut. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut.
  • Menutup aurat
  • Menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid
  • Duduk dengan sopan
  • Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadat
  • Menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula